Powered By Blogger

Sunday, 6 November 2011

PELAN TAKTIKAL & PELAN OPERASI

         Pelan Tatikal & Pelan Operasi merupakan panduan kepada semua bidang kompetensi dalam melaksanakan program yang dijalan bagi setiap tahun. Bagi kurikulum & kokuriklum perancangan tatikal hendaklah disusun atur dan dirancang berdasarkan perancangan strategik bagi setiap bidang. Oleh itu semasa merancang pelan tatikal , sebagai jawatankuasa pelaksana hendaklah merujuk kepada perancangan strategik. Jawatankuasa perlu melihat dimanakah penambahbaikan bagi mencapi visi & matlamat setiap bidang. Adakah pelan tatikal & pelan Operasi yang dilaksanakan itu menunjukkan peningkatan & penambaikan atau pelan yang dijalankan sebelum ini tidak memberi kesan atau tidak berupaya meningkatkan objektif utama setiap bidang.
         Pelan Tatikal adalah merupakan rujukan utama perancangan kurikulum,kokurikulum dan hal ehwal murid disamping bidang-bidang keutamaan yang lain. Untuk merancang, pasukan KMK diperingkat sekolah mestilah berusaha untuk menjayakan pelan taktikal & pelan operasi. Kesesuaian setiap program yang dirancang hendaklah selaras & sesuai dengan keadaan semasa & persekitaran sekolah itu sendiri. Dengan cara ini kita akan dapat melihat keberkesanan pelan taktikal dan pelan operasi yang telah dirancang. Jika pelan operasi pertama tidak menunjukkan kejayaan, kita boleh ubah suai berdasarkan keperluan semasa & perlaksanaan akan berterusan sehingga mendapat pelan operasi yang sesuai dengan keadaan pelajar sekolah & persekitaran keseluruhan...

No comments:

Post a Comment