Powered By Blogger

Sunday, 17 July 2011

HALA TUJU 2010-2012

Hala tuju merupakan satu pradigma yang perlu sebagai penggerak wawasan bagi kita sebagai pemimpin di organisasi kita. Dalam merealisasikan hala tuju, kita perlulah menetapkan sasarannya. Berjaya atau tidak sasaran yang kita ingin capai bergantung bagaimana kita melaksanakan & mengasimilasikan sasaran itu supaya tepat kepada sasarannya. Sesebuah organisasi hendaklah bergerak bersama dalam satu team yang sentiasa memikirkan kearah kebaikan & kecemerrlangan. Kumpulan-kumpulan yang dibentuk inilah yang akan menentukan jatuh bangun organisasi kita. Walau pemimpin utama tiada disekolah tetapi semua yang telah dirancang dan diatur berjalan dengan lancar. Tindakan yang dilaksanakan secara berterusan akan menentukan hala tuju itu terus berjalan dengan baik. Untuk itu kita hendaklah mencapai matlamat yang telah dikongsi bersama dengan cara kita:-
1.Merealisasikan matlamat asas pendidikan membentuk sahsiah insan melalui penerapan nilai-nilai murni ke dalam jiwa peribadinya agar ia menjadi insan yang baik
2. merealisasikan hasrat sistem pendidikan kebangsaan membentuk modal insan yang menguasai ilmu dan kemahiran dan memiliki keperibadian insan yang mulia untuk memajukan ekonomi negara
3. merealisasikan aspirasi '1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dengan melakukan transformasi dan pembaharuan pendidikan kearah pencapaian matlamat.
Transformasi sentiasa diamalkan dalam melakukan pelbagai perubahan diperingkat organsisasi kita. Janganlah kita menjadi pemimpin yang tidak mahu mengikuti perubahan yang sentiasa berlaku dari masa kesemasa.....Hala tuju kepimpinan kita mesti diteruskan.

No comments:

Post a Comment